Ahad, 30 Mac 2014

Karpal lepas jawatan pengerusi DAP

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi DAP Karpal Singh telah melepas jawatan tersebut berikutan sabitannya di bawah Akta Hasutan.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata,
Timbalannya, Tan Kok Wai akan mengambil alih jawatan tersebut.

Menurutnya beliau melepaskan jawatannya itu sementara menunggu rayuannya yang telah difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Buat sementara waktu, katanya, Kok Wai akan bertindak sebagai pengerusi.

Karpal berkata beliau tidak akan memohon pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membolehkannya mengekalkan jawatannya ekoran sabitan terhadapnya.

Ini merupakan yang terbaru dalam siri cabaran yang dilihat sebagai bermotifkan politik yang dihadapi parti itu sejak terpaksa mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusatnya atas arahan ROS.

Pada bulan Januari, DAP akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman ROS berhubung dakwaan penganiayaan yang berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.