Rabu, 26 Mac 2014
Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu Parlimen
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.