MALAYSIAKINI
Sejak MH370 hilang selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan,
program ping automatik kepada satelit Inmarsat menjadi satu-satunya
petunjuk kepada kedudukan terakhirnya.
Hasi daripada data itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa pesawat itu
akhirnya menjalankan “log keluar” daripada jaringan satelit pada 9.15
pagi – konsisten dengan had minyak pesawat.
“Tiada maklum balas diterima daripada pesawat pada 0115 (9.15 pagi), apabila stesen bumi menghantar mesej log masuk/log keluar.
"Ini menandakan pesawat itu tidak lagi log pada jaringan.
“Justeru itu, pada suatu masa antara 0011 UTC (8.11 pagi) dan 0115 UTC
(9.15 pagi), pesawat itu tidak lagi mampu berkomunikasi dengan stesen
bumi.
“Perkara itu konsisten dengan masa penerbangan maksimum pesawat,” kata
pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam
sidang media harian berkaitan MH370 di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.