MALAYSIAKINI
Jawatankuasa Disiplin MIC memecat seorang ahli
parti itu semalam kerana membuat kenyataan bahawa presiden parti Datuk
Seri G. Palanivel tidak wajar dibenar berkempen untuk Barisan Nasional
(BN) dalam pilihan raya kecil Kajang.
Pengerusinya Tan Sri Dr K.S. Nijhar berkata bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor K Loganathan dipecat kerana gagal memberi bukti untuk menyokong dakwaan negatif dibuatnya terhadap presiden parti.
Katanya Loganathan, yang hadir di ibu pejabat MIC semalam, gagal mengemukakan bukti berkenaan.
"Penjelasan diberinya tidak memuaskan. Oleh itu, jawatankuasa membuat keputusan memecat Loganathan daripada parti, berkuat kuasa serta-merta.
"Bagaimanapun, Loganathan mempunyai masa 14 hari untuk merayu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) berhubung keputusan itu," katanya apabila dihubungi hari ini.
Pada 21 Februari, sebuah portal berita memetik Loganthan sebagai berkata Palanivel tidak patut dibenarkan berkempen bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, Selangor, dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.
Empat hari kemudian, Jawatankuasa Disiplin megeluarkan surat tunjuk sebab kepada Loganathan dan memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.
Menurut Nijhar, Jawatankuasa Disiplin MIC dalam mesyuaratnya pada 17 Februari memutuskan Loganathan adalah antara 10 pemimpin parti yang diletakkan di bawah pemantuan jawatankuasa itu.
Katanya jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat sekali lagi dalam tempoh dua bulan akan datang untuk membuat keputusan muktamad sama ada tindakan disiplin perlu diambil terhadap mana-mana mereka demi kepentingan parti. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.