SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.
Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.
"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?
"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?
"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.
Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.