Selasa, 25 Februari 2014

“Sibuk mengata Selangor, Negeri Sembilan pun masalah air”

Lyn Nasir


masalah_air


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yusof kerajaan Pusat dan pimpinan BN menghentikan propaganda masalahan gangguan air yang berlaku di Selangor, kerana Negeri Sembilan turut mengalaminya.

“Kerajaan BN sibuk mengata negeri Pakatan Rakyat akan mengalami masalah gangguan air dan sebagainya, tapi sekarang ni jadi pada Negeri Sembilan pula.

“Jadi BN perlu beri bertanggungjawab terhadap krisis air yang berlaku di Negeri Sembilan ni.” katanya kepada Keadilandaily.

Menurut Nazri, antara kawasan yang terjejas adalah di Sendayan, Rasah, Mambau dan Seremban sehingga memberi kesan kepada 8,000 isi rumah semenjak Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini melaporkan pihak berkuasa mengambil 13 juta liter air mentah dari Sungai Batang Benar dan 45 juta liter lagi dari Sungai Ulu Muar bagi menampung pengguna di Seremban.

Katanya lagi, rakyat kini mampu menilai tindakan kerajaan yang sebelum ini sering kali menunding jari terhadap negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dimana Selangor bakal menghadapi gangguan air yang kritikal.

“BN perlu beri penjelasan dan langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk pulihkan keadaan di Negeri Sembilan ni.

“Kita akan sedia untuk duduk berbincang dan memberi pendapat, tapi kita nak dengar dulu apa penjelasan dari pihak kerajaan.” ujarnya.

Difahamkan negeri dibawah pentadbiran BN seperti Johor mengalami kemerosotan paras air yang mendadak di Empangan Semberong Kiri, Empangan Bekok dan Empangan Machap yang membekalkan air kepada penduduk Kluang, Batu Pahat serta Pontian.

Sementara itu media melaporkan, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi menerima permohonan daripada pihak pengurusan empangan di Johor, Sarawak dan Negeri Sembilan bagi melaksanakan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan ekoran cuaca panas ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.