KELAB GREENBOC
Perkasa mahu Jakim siasat ucapan Kassim Ahmad
PETALING JAYA: Perkasa mendesak pihak Jakim segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Naib Muhammad, rabut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.
“Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam,” katanya kepada FMT.
Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.
“Jika benar beliau berktata demikian, ia satu kecelupran yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja Raja serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam,” katanya.
Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera. -FMT
Mahathir pertahan Kassim Ahmad
Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.
Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.
Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.
"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.
"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.
'Orang cubit pun repot polis'
Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.
"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.
“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.
"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.
Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas. -mk
ULASAN GB
PERKASA sepatutnya hentam Penaungnya juga iaitu Tun Dr Mahathir. Ini kerana TDM turut menghadiri dan merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad itu.
Dimanakah JAKIM yang sebelum ini hebat mengenai isu syiah, kalimah ALLAH dan kristianisasi? Mengapa membisu apabila terdapat kumpulan anti-hadith yang terang-terangan menghina Rasulullah?
Asyik-asyik repot polis kata TDM. kena cubit pun repot polis. Abis tuh yang beratus-ratus repot polis mengenai video "Onderfull" Teresa Kok tu apa hal? Lepas ni buat undang-undang anti-video sindiran youtube? Apasal tak hentam juga polis yang membuat laporan polis terhadap Anwar yang mengdadakan sesi penerangan di Kajang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.