Alif Mustapha
KAJANG - Penduduk Balakong yang menderita akibat ketiadaan air
selama 2 minggu dilihat mempersoalkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan
di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sekalipun kawasan tersebut
diperintah DAP bersama Pakatan Rakyat (PR).
Salah seorang penduduk di Taman Impian Ehsan Ridzuan Hussein turut berkata, kerajaan persekutuan dan negeri perlu duduk berbincang bersama mengatasi penderitaan rakyat.
"Mana slogan BN 1Malaysia? Kita di sini berbilang bangsa, rakyat disini ibarat pengemis air. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tolong turun padang. Mungkin SYABAS dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tiada kerjasama jadi kami minta kedua-dua kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri duduk berbincang bersama. Tak kira kerajaan BN atau PR perlu duduk berbincang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Rakyat News ketika bersama kurang 15 orang lain dalam demonstrasi aman persoal SYABAS di laluan masuk Taman Impian Ehsan disini semalam.
Sementara menurut wakil penganjur demonstrasi Pau Wong memberitahu, mereka tidak mewakili mana-mana parti melainkan penduduk setempat.

"Kita akan berada disini tiap-tiap hari bermula jam 6.30 petang, sampai
ada air. Kita disini mewakili penduduk dan bukan daripada parti
politik," ujar beliau.
Dalam pada itu seorang lagi penduduk Haridas A/L Manikam menafikan saranan pakar supaya tidak mengambil sumber air di laluan masuk taman berkenaan kerana mengandungi pencemaran selain penyebab kepada masalah kulit. Malah beberapa pihak juga mendakwa penganjuran demonstrasi di lokasi tersebut dikatakan sengaja dipilih bagi meraih sokongan 'percuma'.
"Cakap ada 'chemical' tapi kami disini hidup sudah 13 hari," ujar beliau.
Sebelum ini Pengerusi Penduduk Zainal Abidin Zainudin berpendapat menunaikan solat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan adalah tindakan yang lebih baik berbanding mengadakan demonstrasi jalanan. [ARTIKEL BERKAITAN]
Demonstasi mempersoal SYABAS dalam menangani masalah krisis air di negeri itu dilihat tidak mendapat sambutan berikutan hanya disertai peserta yang dipercayai penyokong ADUN kawasan terbabit bagi mencari helah untuk menyalahkan SYABAS.

Lantas itu beberapa orang peserta daripada kawasan berdekatan terpaksa
'diimport' atas tiket semangat solidariti dan meramaikan peserta.
"Saya sakit dan tak patut datang. Tetapi saya datang juga untuk memberi sokongan kepada penduduk Taman Impian Ehsan. Rakyat sendiri mesti mahu keluar (tunjuk perasaan), tunjuk suara mereka," kata Wong Ken Man, penduduk Desa Baiduri yang turut memakai baju 'Himpunan Hijau'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.