PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat ‘terlalu lemah’ apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.
Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.
Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.
"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.
"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Saifuddin menegaskan, ‘kehebatan’ seseorang pemimpin itu hanya dilihat apabila ia dapat menjadikan ahli keluarga sebagai individu terkaya dengan pemberian projek mega dan dapat mengumpul hutang negara dengan lebih banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.