DR MASZLEE MALIK
Penolakan secara pukal sunnah dan hadis
Nabi Muhammad SAW di atas alasan ia bukan dari Tuhan merupakan penafian
terhadap isi kandungan al-Quran yang banyak menyeru kepada mentaati,
mengikuti tauladan dan mencontohi baginda dalam segenap kehidupan
Muslim.
Ini jelas mempamerkan kegersangan si penutur tentang tradisi al-Quran itu sendiri yang telah diwarisi semenjak al-Quran itu diturunkan di Mekah lagi.
Ia juga menonjolkan kejahilan sang penolak sunnah kepada persoalan tradisi keilmuan Islam sama ada di zaman periwayatan lisan pada awalnya mahupun di zaman penulisan ilmu.
Ini merupakan salah satu dari akibat menafikan peranan autoriti dan metodologi yang sahih dan diperakui zaman berzaman dalam menyikapi al-Quran dan agama Islam itu sendiri.
Penerimaan autoriti berteraskan metod yang sahih dalam tradisi keilmuan Islam tidak akan mewujudkan kelompok kepaderian seperti yang didakwa.

Malah sepanjang sejarah Islam tidak wujud konotasi institusi mahupun kerangka pengamalan kepaderian seperti zaman kegelapan Kristian Eropah.
Apa yang wujud ialah penerimaan autoriti dan metodologi yang sahih telah melahirkan ramai sarjana, cerdik pandai dan tokoh ilmu dari pelbagai bangsa di dalam segenap bidang keilmuan berkaitan al-Quran dan hadis.
Malah sistem periwayatan hadith dan sunnah serta penjagaan dan penyelidikannya merupakan sesuatu yang unik yang bertujuan demi menjaga ketulenan agama yang tidak terdapat dalam tradisi keilmuan agama agama lain.
Tidak keterlaluan jika dikatakan yang terhasil dari tradisi keilmuan Islam juga adalah jutaan koleksi kajian ilmiah, penyelidikan, kesarjanaan dan juga ratusan ribu jilid karya-karya agung di perpustakaan yang bukan hanya diiktiraf oleh kaum Muslimin sahaja nilai keilmuannya, malah oleh mereka yang bukan Islam.
Malah sunnah dan hadis yang disikapi sebagai sumber epistemologi ilmu yang primier bersama al-Quran telah menjadi dinamo kepada revolusi ilmu di dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.
Penolakan secara tidak bermetod terhadap hadis dan sunnah serta segala yang berkaitan dengannya hanyalah usaha menghancurkan peradaban keilmuan Islam yang telah terbina selama lebih seribu empat ratus tahun lamanya.
Bahkan ia juga merupakan satu pukulan untuk mencacatkan wajah dan nilai substantif Islam itu sendiri seraya menafikan lebih dari separuh kandungan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sepertimana yang diwarisi dari para sahabat, tabiin selepas mereka dan juga tabi' tabiin yang mengikuti metod yang sahih yang mereka pelajari dari Nabi Muhammad SAW itu sendiri.

(*) DR MASZLEE MALIK pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.