Jumaat, 21 Februari 2014

MB bincang 6 jam tanpa henti cari penyelesaian terbaik isu bekalan air

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bermesyuarat hampir 6 jam membincangkan strategi menangani impak cuaca panas dan kering keatas keselamatan bekalan air negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim mendedahkan perkara itu di laman sosialnya semalam.

.“Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dipengerusikan Menteri Besar bermesyuarat dari 2.30 petang hingga 8.10 malam tanpa henti untuk menyelesaikan 15 perkara termasuk usul pencatuan air,” kata Chang Khim.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kekurangan bekalan air di Negeri Sembilan menerusi beberapa langkah kontingensi.

Semalam media melaporkan Negeri Sembilan diisytiharkan krisis.

Sementara itu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) meminta pengusaha air untuk mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) sebelum melaksanakan program pencatuan.

“Pengusaha air perlu menjustifikasikan tindakan itu,dengan pelan kontinjensi termasuk pengurusan strategik, jadual, pelan komunikasi serta mitigasi,” kata KeTTHA dalam satu kenyataan.

Setakat ini, hanya Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) diberi kelulusan untuk melaksanakan catuan air di Kluang, Johor.

Manakala dua loji rawatan di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi terus ditutup ekoran paras pencemaran amonia yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.