Jumaat, 28 Februari 2014
Khalid sah cabar Azmin untuk timbalan presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pada April.
Beliau mengumumkan pencalonan tersebut sebentar tadi dan berkata mahu penyokongnya menganggap hasratnya untuk bertanding tidak membelakangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya yang disambut dengan tepukan meriah dalam program "Malam Bertaut Kasih" di kediamannya rasminya di Shah Alam.
"Saya tidak biasa sekiranya kempen dilihat terlalu membelakangi PRK Kajang, ia mesti menjadi agenda utama dan saya tidak mahu timbul berita menteri besar salah guna kuasa dan sebagainya," katanya.
Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan Khalid akan mencabar Azmin untuk jawatan timbalan presiden PKR malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.