KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan Perundangan, Dr Aziz Bari hari ini menyifatkan pelantikan beliau sebagai Ketua Penyelidik serta Felo Penang Institute (PI) Kuala Lumpur sebagai satu amanah besar yang tidak mungkin dipersiakan.
Sehubungan itu, beliau bertekad memberikan khidmat sebaik mungkin terutama daripada sudut pengetahuan dan pengalamannya.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk membawa tradisi ilmu dan intelektual dalam Penang Institute agar secara keseluruhannya membantu gabungan Pakatan Rakyat (PR) menaikkan profil mereka.
“Ini juga bukan hanya soal parti politk tapi bagaimana kita menggunakan ruang itu supaya benar-benar mempunyai sebuah sistem dwi parti yang berfungsi serta dapat membawa manfaat kepada semua,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Penang Institute cawangan Kuala Lumpur.
Majlis permasmian Penang Institute di Rumah Pulau Pinang, Jalan Semantan itu dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP.
Menerusi pelantikan itu, beliau juga berazam untuk memberi sumbangan agar idealisme DAP dapat lebih diperkembangkan.
“Sehingga sekarang, DAP masih dilabel oleh sebilangan pihak sebagai parti Cina, walhal perjuangan mereka adalah untuk semua.
“Jadi saya berharap kehadiran saya di sini dapat membantu DAP dalam memperjuangan kepentingan dan hak asasi semua warga Malaysia selaras dengan prinsip mereka,” ujarnya. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.