Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos hidup yang
terpaksa ditanggung rakyat berpendapatan pertengahan dan rendah.
Pengerusi
Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, bantuan tersebut
sekadar mengelabui mata rakyat supaya tidak begitu terasa dengan kesan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
” Dengan jumlah bantuan yang tidak seberapa itu, ia tidak boleh
bertahan lama, sedangkan setiap hari rakyat perlu berhadapan dengan
harga barangan yang meningkat,” jelasnya.
Menurutnya, pemberian BR1M yang bersifat one-off itu hanya
membuktikan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat dari terus
dibebani tekanan ekonomi.
“BR1M ini cuma tahan seminggu, ia tidak selesaikan apa-apa. Bila
habis wang itu, maka rakyat sekali lagi akan berhadapan dengan tekanan,
kerajaan tidak serius mahu bantu.
“Malah kita lihat bukan sedikit yang memohon, ini buktikan kerajaan
Umno dan Barisan Nasional telah gagal tingkatkan ekonomi dan taraf hidup
rakyat seperti yang mereka laungkan,” tegas Yahya.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 15
Februari lalu mengumumkan seramai 7.9 juta rakyat Malaysia menerima
bantuan BR1M yang dimasukkan menerusi akaun bank dan baucer.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000
dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. Manakala individu
bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak lebih RM2,000
sebulan, dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Bagaimanapun, skim bantuan berkenaan dilihat tidak membantu golongan
pertengahan dan berpendapatan sederhana yang turut merasai beban
kenaikan harga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.