MOHD SABRI SAID
JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.
Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.
"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour. Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.
Bagi mereka, perkara yang sudah biarkan ia pergi kerana yang penting matlamat masa depan diteruskan dengan penuh kesedaran.
Menyentuh mengenai masa silam sambung Aishah, mula mendapat hidayah apabila kehilangan emak saudara serta rasa terlalu ingin bertudung selepas itu.
"Selepas kematian emak saudara tiba saya rasa lain pada diri. Kehendak bertudung rasa makin menghampiri. Bila bertanya pada diri kenapa tidak boleh bertudung sedangkan semasa menziarahi emak saudara boleh pakai sampai seharian," terangnya.
Manakala Farah Asyikin pula menjelaskan, ia berpunca daripada penceraian yang membawa kepada kemurungan dan sepi.
Beliau sanggup bermain dengan kucing untuk menghilangkan perasaan sunyi.
Katanya, kucing yang dijumpai di tepi jalan itulah sebenarnya teman bercakap untuk menghilangkan 'stress'.
"Kemusnahan rumah tangga pertama membuatkan diri terumbang ambing. Lalu memasuki peraduan nyanyian sebagai suka-suka dan cuba merakamkan album namun ada saja rintangan yang datang," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.