Rabu, 1 Januari 2014

Sambut tahun baru dengan ibadah dan tazkirah

Mohd Sabri Said 


BUTTERWORTH: Ribuan umat Islam  bersolat jemaah di tapak kelahiran PAS di Padang Pemuda Merdeka, dekat sini sempena Sambutan Tahun Baru 2014 malam tadi.
 
Solat diimamkan Ustaz Mazlan Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) dituruti tazkirah Maghrib oleh Imam Muda, Asyraf.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut mengundang ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa selebriti seperti pengarah filem, Pierre Andre, kumpulan Shiro, Shamsul Yusuf dan kumpulan Nasyid Saujana.

Hadirin datang sejak sebelum Asar bagi menghindari kesesakan jalan raya dan mendapatkan sudut yang sesuai.

Padang berkenaan digunakan untuk perhimpunan menubuhkan PAS pada 1951.

Sementara itu, penceramah Ustaz Azhar Idrus sudah dua kali diundang kerajaan negeri untuk menyampaikan kuliah.

Program pertama beliau sempena Santai Anak Muda di Padang Kota Lama, Georgetown yang dihadiri lebih  40,000 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.