Jumaat, 3 Januari 2014

Perubahan FAM perlu bermula dari atas – Nik Nazmi

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPURN : KEADILAN menyokong cadangan agar rombakan dilakukan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menyifatkan perubahan itu sebagai wajar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mahu rombakan dilakukan bagi membolehkan badan induk bola sepak tanah air itu diurus golongan profesional dan pemimpin di kalangan ahli gabungannya sendiri.

“Jika kita mahu melihat perubahan benar-benar bermakna, sekadar penukaran jurulatih atau pasukan kebangsaan tidak mencukupi.

“Perubahan harus bermula dari atas,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.

Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), hari ini dilapor menggesa semua ahli gabungan FAM terutama wakil Persatuan Bola Sepak Negeri menjadikan sesi pemilihan akan datang sebagai titik permulaan perubahan itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata KEADILAN menunggu dengan penuh harapan berhubung Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dilancar dalam masa terdekat.

“Namun sekiranya FAM masih berada pada takuk yang lama, cita-cita kita melihat pasukan bola sepak kembali ke zaman gemilang tidak akan menjadi realiti,” ujar Nik Nazmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.