Seorang
individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat
pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai
tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.Dalam
satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah
itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.
Dalam statusnya menyebut;
”Adalah
dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja
Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah
berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang
tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.
Beberapa
tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut
untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan
sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.
Menetap di
Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan
semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris
Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.
Tuntutannya
bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah
keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan
sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka
pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi
kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.
Sumber: MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.