Bongkar Sejarah IPP : KLIK SINI
Kalau nak dikatakan kenaikan harga
barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak
import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil
dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.
Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi “hamba” kepada kalangan
taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada
Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay
(kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup
rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan
bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana
elektrik.
Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Harga Minyak, Elektrik, Tol?
Sebenarnya
harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian
seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang
mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh
kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang
mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga
berat sebelah.
Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?
Soalnya sekarang, rakyat Malaysia
bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan
ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi
pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat
Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu,
mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya
kepada rakyat? Mengapa?
Pendapatan Kerajaan Malaysia Meningkat VS Perbelanjaan Defisit?
Masalahnya di Malaysia adalah
perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan
tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan
Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain.
Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi
pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya
cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang
bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol,
tarif elektrik?
Ada yang mengatakan perlu dikurangkan
atau dihapuskan subsidi kepada seeua rakyat malaysia. Setuju? Pendapat
Berita Semasa, di negara maju seperti Jerman, negara Eropah yang lain
semuanya ada subsidi. Janganlah ditarikbalik subsidi rakyat. Mengapa
Berita Semasa katakan begitu? Teorinya subsidi yang diberikan kepada rakyat, datangnya daripada rakyat juga. Mengapa mahu ditarikbalik?
Di Malaysia ini keadaan ekonomi banyak
dipengaruhi dasar kerajaan, dan kerajaan banyak terlibat dalam
perniagaan yang boleh mempengaruhi harga. Contohnya tarif elektrik yang
mana setiap kali kenaikan tarif elektrik akan memberikan kesan rantaian
yang cukup besar termasuklah termasuklah kepada industri.
Pemilik IPP Malaysia Kaya-Raya : TNB & Petronas Budak Suruhan?
Masalah yang dialami oleh Petronas
terutamanya adalah apabila kerajaan menandatangi perjanjian di antara
penjana bebas dengan TNB yang menyatakan IPP tidak perlu menanggung kos
bahan api (fule pass through mechanism) dan dalam pada masa yang sama
perjanjian tersebut menyatakan juga bayaran yang wajib dibayar oleh TNB
(mewakili rakyat Malaysia) kepada penjana bebas tidak kira operasi
penjanaan elektrik berjalan atau tidak. Ini adalah satu bentuk jaminan
yang cukup tinggi bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit. Dan setiap
kali berlaku turun naik harga bahan api di pasaran, yang menanggung
rakyat melalui TNB dan Petronas.
Ada kajian seorang profesor di Universiti Stanford mengatakan kadar pulangan keuntungan IPP generasi pertama adalah antara tertinggi di dunia
Itu sebablah Petronas mengatakan, sampai
bila rakyat melalui Petronas perlu menanggung kos IPP ini sehingga
60%-70% untuk IPP? Mengapa tidak IPP yang menanggung kos bahan api
tersebut? Mengapa taikun-taikun kaya IPP ini diberikan kesitimewaan
sebegitu rupa? Akhirnya apabila TNB dan Petronas tidak mahu bayar, siapa
yang bayar? Akhirnya, Andalah (rakyat Malaysia) melalui kenaikan tarif
elektrik sekarang ini.
Sepatutnya, jikalau kerajaan telus dan
adil kepada rakyat di mana mahu elektrik ini diswastakan atas tuduhan
dahulu TNB tidak cekap dan diwujudkan beberapa IPP, swastakan
betul-betul. Maknanya untung kamu swastakan dan rugi juga kamu
swastakan. Itu baru konsep swasta yang sbeenarnya. Malangnya perjanjian
IPP ini cukup berat sebelah yang menganiayai rakyat Malaysia.
Apa respon
balas anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.