THE MALAYSIAN INSIDER
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata
beliau tidak dimaklumkan peletakan jawatan Aahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh atau tentang jawatan menteri besar
Selangor.
Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di
negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam pakatan
pembangkang, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan.
"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan
atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus
ditujukan kepada Anwar.
"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang
apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak
penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan
keamanan di Pulau Pinang," katanya.
Lim diminta mengulas mengenai Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang
dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan,
untuk DUN Kajang.
Lim sebelum itu menghadiri majlis penyerahan sijil kelulusan polis
bantuan Perbadanan Bekalan Air Holding Berhad di George Town hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan
perkara itu berkata pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan
majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan
Nasional, Berjasa dan tiga calon bebas. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.