MALAYSIAKINI
Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH hari ini berkata, kerajaan membuat kesilapan besar dengan “tindakan zalim” menggantung The Heat yang memberi kesan buruk.
Menurut BERSIH, penggantungan tanpa alasan kukuh itu hanya dilihat sebagai langkah terkebelakang oleh masyarakat antarabangsa seiring dengan “kontroversi” dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
BERSIH turut menyatakan sokongannya terhadap tuntutan kumpulan longgar wartawan, dikenali sebagai Gerakan Media Marah (GERAMM), yang mahu penggantungan itu dibatalkan segera.
“Menutup mulut media sentiasa menjadi perbuatan tercela dan memberi kebaikan kepada kerajaan, lebih-lebih lagi apabila mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai demokrasi terbaik di dunia,” kata gabungan itu.
BERSIH turut mengingatkan bahawa akses sama rata terhadap media juga menjadi salah satu daripada lapan tuntutan mereka ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.