Ahad, 29 Disember 2013

Tanjung Sepat dibangun jadi kawasan pelancongan baru di Selangor

Oleh: Mohd Ezli Mashut,


KUALA LANGAT: Tanjung Sepat berpotensi untuk dibangunkan menjadi kawasan pelancongan baru di Selangor yang mempunyai keunikan tersendiri melalui persekitaran alam bersih dan indah serta penghasilan produk tempatan.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata persekitaran kawasan itu akan dibangunkan dengan penambahan beberapa projek nilai tambah sekaligus menjadikan kawasan persisiran pantainya dapat dinikmati keindahannya oleh para pelancong khususnya di Kampung Batu Laut.

Haslin

Malahan katanya, keunikan dan keindahan kawasan perkampungan tradisi akan menjadi produk pelancongan yang boleh dinikmati pelancong melalui program inap desa atau Homestay.

“Di sini adalah kawasan yang sesuai untuk sukan rekreasi pelahu layar yang telah melahirkan anak tempatan yang berjaya dalam sukan di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Haslin berkata demikian semasa Program Karvival Rakyat DUN Tanjong Sepat di Pantai Batu Laut di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

20131228_114632

Haslin berkata melalui penganjuran Karnival Mesra Rakyat DUN Tanjung Sepat juga adalah untuk mempromosikan produk usahawan tempatan agar mempunyai pasaran yang lebih baik.

Katanya ia juga diharap dapat memberikan motivasi kepada usahawan generasi muda agar dapat membangunkan produk tempatan yang boleh dipasarkan sehingga peringkat luar negara.

“Diharap ketua di peringkat tempatan dapat memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kawasan Tanjong Sepat menjadi kawasan yang bersih dan indah,” kata beliau.
batu1
 Tanjung Sepat adalah sebuah kawasan di daerah Kuala Langat merupakan sebuag perkampungan nelayan yang kebanyakkan penduduknya terlibat dengan industri perikanan.

Antara perusahan yang terkenal di kawasan ini adalah buah naga, cendawan ganoderma, cendawan tiram, kopi dan kerepek. EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.