KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada penganjur yang merancang untuk mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka menjelang sambutan ambang Tahun Baharu, Selasa ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata anggota polis akan ditempatkan di kawasan tersebut untuk memantau keadaan pada hari itu.
Dataran Merdeka turut menjadi venue untuk sambutan ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di mana kira-kira 20,000 pengunjung hadir memeriahkan acara itu.
"Kami telah menyediakan pasukan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada individu yang mencetuskan kekecohan pada sambutan ambang Tahun Baharu itu," katanya pada sidang media ibu pejabat polis di Jalan Raja Laut di sini, Sabtu.
Amar juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat atau menyokong perhimpunan itu kerana ia melanggar undang-undang.
Tambahnya, perhimpunan itu adalah haram kerana polis masih belum menerima notis permohonan, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.