Jumaat, 27 Disember 2013

Mahkamah Kekalkan Keputusan Perintah Blogger UMNO, Padijantan Bayar RM130,0000

KELAB GREENBOC
 
 
Alor Setar - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam mengekalkan keputusan memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana memfitnahnya dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar, membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya. Gambar: Sanuri (kiri) lega dengan keputusan mahkamah.

Abu Bakar menolak permohonan lampiran 22 dan 23 defendan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung lampiran 16 berkenaan fitnah yang dibuatnya pada 22 Julai tahun lalu terhadap Sanusi mengaitkan plaintif dengan jenayah rasuah RM1.3 juta. Bagaimanapun keputusan memihak kepada plaintif yang dibuktikan dalam perbicaraan penuh.

Menurutnya, lampiran 23 dan 23 berkenaan ditolak dengan kos RM2,000 kerana defendan gagal membuktikan isi kandungan afidavit sokongannya antara lain beliau tidak pernah menerima writ saman berhubung tuntutan kes berkenaan.

Berdasarkan fakta, pada 30 April lalu penyampaian ganti sudah beberapa kali pergi ke alamat yang diketahui milik defendan namun beliau tiada di rumah. Akhirnya pada 9 Jun, penghantar notis mahkamah memfailkan afidavit penyampaian ganti di mahkamah dan menampalkan notis terbabit di alamat terakhir beliau di Flat Taman Seri, Gemilang, Mergong serta papan kenyataan mahkamah. Mahkamah memutuskan defendan gagal untuk membuktikan beliau tidak menetap di alamat itu dan kes berkenaan tamat serta tiada sebarang rayuan di peringkat mahkamah rayuan berikutan defendan gagal memasukkan sebarang notis rayuan yang berakhir pada 30 November lalu.

Keputusan pada 30 Oktober kekal dengan defendan diarahkan membayar ganti rugi am RM100,000 dan kos RM30,000 serta tambahan RM2,00


Muhammad Sanusi diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan diwakili Shariman Osman.

Sementara itu, Shariman akan tetap membuat rayuan terhadap keputusan kehakiman dalam tempoh 14 hari.

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah RM1.3 juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program menteri besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat memfitnahnya menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu.

“Saya bersyukur kerana keputusan ini kekal sekali gus dapat membersihkan semula maruah saya yang tercalar. Duit berkenaan kelak akan digunakan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul Fairuzzeen berkata, pihaknya akan memfailkan pelaksanaan terhadap defendan untuk melangsaikan bayaran dengan segera.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.