Oleh Abdul Hadi Alias
MEMBACA penuh minat laporan-laporan mengenai kenaikan harga barang. Selaku rakyat biasa, pastinya pengumuman menggila daripada kerajaan ini sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada saya.
Ramai berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol.
Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.
Tol-tol yang mahal di Sarawak
Cadangan kenaikan tol-tol dalam bandar sekitar Lembah Klang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM9- RM30 sebulan.
Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ia kenaikan harga tol dalam bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah.
Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan ‘kajian’ untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya ‘kajian’ Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini.
(Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua).
Tarif elektrik yang mahal
Pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6% kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh).
Namun, sudah sekian lama, tarif elektrik yang dikenakan oleh kepada penduduk Sarawak ialah 34.00 sen/kWh bagi 100kWh pertama dan 29.00 sen/kWh bagi 100-200kWh kedua berbanding tarif elektrik Semenanjung Malaysia ialah 21.80 sen/kWh bagi 200kWh pertama.
Mengambil peratus mudah perbandingan dengan penduduk Semenanjung, sebanyak lebih 70% penduduk kelas bawahan dan sederhana terbeban dengan kadar tinggi ini.
Namun, yang lebih menarik adalah peratusan perbandingan dengan penduduk Semenanjung sebenarnya tidak tepat, kerana masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mendapat bekalan elektrik yang sempurna. Sebagai contoh, Kampung Pasir, Lutong yang terletak tidak jauh dari pusat minyak dan gas Miri, masih menggunakan jenerator elektrik sehingga ke hari ini.
Taraf kampung setinggan lebih menyukarkan mereka untuk mendapat kemudahan asas yang sempurna, ditambah pula kebimbangan dengan matlamat kerajaan negeri ke arah ‘Setinggan Sifar’ menjelang 2015 tanpa ada usaha ikhlas menempatkan mereka ke penempatan yang lebih sempurna.
Dasar Kabotaj: Kenaikan berganda harga minyak
Pastinya kenaikan harga minyaklah yang paling membebankan rakyat Sarawak. Namun, kenaikan ini merupakan kenaikan berganda bagi kami penduduk Sarawak. Dasar Kabotaj, yang digunakan kerajaan sejak tahun 1990 melalui pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, sudah lama menyebabkan harga barangan ke Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia.
Kenaikan harga minyak ini pastinya meningkatkan kos logistik barangan pengguna. Bagi penduduk Sarawak, kenaikan ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Secara umumnya, dasar ini membantu melindungi industri perkapalan domestik, tetapi natijahnya, kos barangan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak.
Tiada aduan, atau menteri yang tidak mendengar?
Beberapa hari yang lepas, seorang menteri dengan selamba menyatakan tiada aduan dan rungutan mengenai kenaikan harga barangan menunjukkan rakyat menyokong kenaikan ini. Tidak lama selepas itu, menteri yang sama menyatakan rakyat jangan merungut mengenai kenaikan harga barangan.
Soalan saya kepada menteri ini, adakah tiada aduan, atau rakyat dibisukan atau menteri sendiri tidak mahu mendengar? Tidak lama selepas menteri ini membuat kenyataan-kenyataan ini, saya melawatsebuah kampung di pinggir Bandar Miri. Mereka bukan sahaja mengadu, malah marah dengan kenaikan harga barang ini. Kata mereka, hanya gaji mereka yang tidak naik-naik!
Daftar masuk sahaja laman sosial Facebook atau Twitter atau apa-apa sahaja laman sosial, pastinya banyak luahan perasaan rakyat mengenai kenaikan harga barangan ini.
Pelik, jika tulisan ‘main-main’ yang mungkin rekaan mengenai ‘Himpunan Jatuhkan Kerajaan’ dipandang serius dan dibuat aduan polis seluruh Malaysia oleh pengampu-pengampu kerajaan, masakan tidak pula mereka dan menteri terpandang aduan dan luahan mengenai kenaikan harga barang?
Di mana menteri ini ketika rakyat sedang merintih mengadu? Adakah menteri ini tidak mendengar?
Nota kaki: Adakah saya juga diarah keluar Malaysia oleh Ketua Wanita Umno Kuantan selepas ini? Mohon jangan diarah, saya masih sayangkan Malaysia. Cuacanya kurang enak akhir-akhir ini, tapi makanannya kelas pertama dunia! -
* Penulis adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.