Selasa, 31 Disember 2013

Cadangan penjimatan Putrajaya terlalu sedikit dan terlalu lewat

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Manifesto pilihan raya Barisan Nasional kini dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama slogannya 'Janji Ditepati'. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013. 



Manifesto pilihan raya Barisan Nasional kini dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama slogannya 'Janji Ditepati'. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Setelah berminggu-minggu menerima aduan dari rakyat tentang kenaikan kos sara hidup demi menanggung kehidupan mewah kerajaan, akhirnya Putrajaya memutuskan untuk mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan, selain mengetepikan pengubahsuaian pejabat kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah membendung pembelanjaan kerajaan, bermula esok. Antara langkah tersebut termasuk mengurangkan elaun hiburan kerajaan, penerbangan, penyediaan makanan serta pengurangan bajet elektrik Putrajaya.
Setakat itu sahaja.

Tindakan Putrajaya akhir-akhir ini menunjukkan mereka hanya ingin mengejutkan rakyat yang semakin marah seperti yang dapat dilihat di lelaman Facebook dan Twitter PM, serta rencana di portal berita online.

Ketika kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dahulu, kerajaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah penjimatan dan merancang keseimbangan subsidi barangan dengan perbelanjaan kerajaan.

Mesejnya sangat jelas: menteri dan pekerja kerajaan haruslah menunjukkan teladan dalam mengurangkan perbelanjaan dan menjadi contoh kepada semua rakyat untuk berkongsi beban.

Tiada seruan supaya rakyat harus bekerja lebih dan kurangkan kos sementara pemimpin kerajaan berarak dalam konvoi dan terbang ke luar negara di samping terus menganjurkan acara yang mewah.

Tiada andaian bahawasanya kekurangan aduan di saluran rasmi bermakna rakyat menyokong serta bersetuju dengan kenaikan harga barang yang sengaja dilambatkan sehingga selepas pilihan raya.

Seperkara lagi, manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang telah berjanji mengurangkan tol lebuhraya antara bandar, turut sama hilang dan dibuang ke dalam tong sampah dengan slogan "Janji Ditepati".

Tindakan kerajaan Najib memotong perbelanjaan keraian hanyalah keputusan saat akhir, sedangkan rakyat Malaysia telah disuruh untuk menerima kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi, di waktu sama menteri dilindungi daripada segala macam kesusahan.

Amat mengejutkan apabila kerajaan langsung tidak memikirkan langkah pertama yang harus diambil bagi mengurangkan kos iaitu dengan menunjukkan teladan kepada rakyat, tetapi yang sebaliknya berlaku. Malah Dr Mahathir sendiri telah memberi kritikan yang sama.

Putrajaya harus membuat perincian penjimatan untuk menunjukkan berapa banyak boleh dikurangkan, barulah mengajak rakyat untuk berkongsi beban dan sama-sama melalui ribut ekonomi yang tidak sedikit pun disebutkan ketika pilihan raya dulu.

Walau bagaimanapun, rakyat tidak seharusnya terkejut dengan tindakan kerajaan yang bodoh itu.
Kerajaan tampak sudah lama tidak berkomunikasi dengan rakyat apabila mereka berfikir bahawa mengurangkan masa minum teh dan karipap lebih utama dari berbelanja tinggi untuk tiket penerbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.