Tan Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan
membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka
esok akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan.
Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan
kemampuan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
juga sikap rasional rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan
keganasan.
"Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud.
"Kedua, saya yakin dengan masyarakat Malaysia yang rasional.
"Atas dua premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Badan bukan kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan
perhimpunan besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru
membantah kenaikan kos sara hidup.
Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran
penganjuran himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin
menggulingkan kerajaan.
Kenaikan kos sara hidup telah menjadi tajuk hangat sejak beberapa bulan
ekoran penstrukturan semula subsidi, yang mana menyaksikan kenaikan
harga minyak, pemansuhan subsidi, kenaikan harga barang dan juga
kenaikan tarif elektrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.