MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai penguatkuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran
Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam Selasa di
samping menghadapi kemungkinan perhimpunan haram untuk menggulingkan
kerajaan.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di kawasan berkenaan.
"Sambutan ambang Tahun Baharu akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan,namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menjamin tahap keselamatan orang awam di kawasan itu," katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengetatkan kawalan di bangunan DBKL yangterletak berhampiran Dataran Merdeka supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.
Beliau meminta orang awam supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang.
Tinjauan Bernama mendapati anggota penguatkuasa DBKL berada di dataran ituseawal 8 pagi. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.