Sabtu, 2 November 2013

Umno Kalabakan Mohon 14 Anggota Wanita Tidak Dibenar Bertanding Semula

MSTAR ONLINE
 
 
TAWAU: Umno Bahagian Kalabakan telah memohon kepada Umno pusat supaya 14 anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian itu, yang meletak jawatan bulan lepas, tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan semula jawatan pada 30 November ini.

Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, ini bagi memastikan tidak adaanggota yang meletak jawatan semata-mata kerana tidak puas hati dengan prosespemilihan.

"Kita tidak mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan letak jawatan lagi sebagai tanda protes," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemudadan Puteri Umno di sini, Sabtu.

Ghapur, yang juga anggota Parlimen Kalabakan, berkata ada cara yang betul untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan bukan dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.

Anggota Wanita bahagian itu meletak jawatan tiga hari selepas pemilihan sayap diadakan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.