Khamis, 28 November 2013

Speaker tolak bahas usul tindakan COMANGO

Oleh : SIRAJ MOHD ZAIN

I
SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh menolak usul yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) bagi membahaskan usul berkenaan bantahan tindakan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO).

Hannah berkata, usul berkenaan tidak ada keperluan untuk dibincangkan di peringkat DNS dan usul perlu dibahaskan di peringkat Parlimen.

hannah yeoh pc syabas 02

Katanya, DNS kini sedang membahaskan isu belanjawan dan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu fokus terhadap perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan sahaja.

“Saya memberi alasan ini kerana Parlimen adalah tempat paling sesuai membahaskan isu terbabit dan kerana usul berkenaan menggesa Kerajaan Persekutuan.

“Dewan Negeri kita masih dalam aturan mesyuarat membahas bajet. Saya seru semua ADUN Pakatan Rakyat (PR) atau BN menggunakan tempat dan masa sidang dewan untuk perkara yang memang menyentuh kepentingan penduduk di Selangor,” katanya dalam satu sidang media di lobi Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Dalam pada itu laporan Malaysiakini melaporkan usul berkenaan COMANGO yang dibawa Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar juga ditolak Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee atas alasan tidak perlu disegerakan.
sl
Pelbagai pihak membantah tindakan COMANGO yang mengemukakan laporan mengandungi unsur tidak wajar dalam konteks Malaysia atas nama hak asasi manusia di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland, pada Oktober lalu.

Hannah berkata, DNS tidak perlu memberi maklum balas kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh NGO di negara ini.

“Kita dalam usul pembangunan, jadi saya rasa isu seperti ini tidak perlu dipolitikkan dan ia adalah usul untuk membantah tindakan sekumpulan NGO. Setiap hari ada NGO yang buat kenyataan seperti PERKASA dan kalau dewan ingin bagi maklum balas kepada perbincangan dan tindakan mereka, kita tidak ada masa.

“Sidang dewan adalah membahas dasar, membincangkan dasar kerajaan, meluluskan bajet yang menyentuh kepentingan penduduk. Bukan usul ini sahaja yang saya tolak tetapi ada usul daripada ADUN PR pun ditolak kerana tidak sesuai dan bukan mustahak,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.