AKU sedikit pun tidak terkejut jika terlalu banyak 'katak' di Sabah.
Isu terbaru 11 Ketua Cabang PKR dan orang-orangnya telah istihar keluar
parti, sedikit pun tidak mengejutkan kerana di Sabah bab kehebatan
melompat ini memang tidak boleh ditandingi sebelum PKR bertapak di Sabah
lagi.
Pemimpin PBS sendiri mesti setuju dengan pendapat aku, bahkan parti awal
yang hebat seperti USNO pun sudah lali dengan spesis katak ini. Aku
boleh terima ada di antara mereka yang melompat keluar PKR itu
menyalahkan sikap campurtangan beberapa pimpinan PKR Pusat yang
keterlaluan di negeri tersebut kerana bukan saja di Sabah, di
negeri-negeri Semenanjung pun ada pimpinan Pusat yang cuba menjadi
Pengarah mencatur orang-orangnya termasuk untuk menjadi calun
Pilihanraya. Itu memang aku akui.
Aku hampir percaya tindakan mereka itu adalah kerana sikap tidak betul
beberapa pimpinan Pusat, tetapi apabila mereka mengambil keputusan untuk
keluar parti dan menyokong Bn iaitu kerajaan 47% ini, kepercayaan aku
langsung hilang terhadap alasan mereka. Kini aku lebih yakin mereka
melompat keluar kerana mereka tidak tahan mengalami kesukaran
perjuangan, dan mereka mahu hidup lebih senang dan berjuang dengan mudah
di bawah kerajaan yang majoriti rakyat telah pun tolak itu. Aku tidak
tuduh mereka diberi imbuhan untuk keluar parti, tetapi jika ada yang
mendakwa sedemikian aku tidak sukar untuk bersetuju dengan pendapat
mereka.
Kita tidak pelik rakyat Sabah semenjak dulu hingga sekarang masih
ditakuk lama kerana perangai orang-orang politik mereka yang seolah-olah
'badi katak' turun temurun. Rakyat Sabah harus ubah tabiat ini. Kita
di Semenanjung tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah tabiat pelik
orang-orang politik di Sabah yang suka melihat rakyat Sabah terus
diperkudakan asalkan mereka senang lenang. Apa pun ini tidak bererti
PKR mesti berputus asa di Sabah. Tidak semua rakyat Sabah murah harga
diri. PKR mesti terus mencari pemimpin Sabah dari akar umbi yang telah
sekian lama teruji dengan kesusahan perjuangan. Jangan pilih yang sudah
biasa senang untuk dilantik sebagai pemimpin walaupun mereka
berpendidikan tinggi atau berpengalaman politik kerana orang seperti ini
tidak boleh merasai kesusahan.
Ini bukan bermakna kita mesti pilih orang miskin sebagai pemimpin. Ada
juga orang miskin yang tiada harga maruahnya. Orang miskin yang sanggup
jual maruah diri demi perut pun melambak di Sabah. Terpulanglah kepada
rakyat Sabah pemimpin bagaimana yang mereka harapkan untuk membawa
perjuangan PKR bagi mengubah nasib rakyat Sabah. Rakyat Sabah perlu
melihat Selangor atau P.Pinang di bawah PR. Tidakkah mereka mahu Sabah
menjadi seperti kedua-dua negeri itu? Jika mahu, redhakan saja
katak-katak itu diternak oleh Umno/Bn, kita terus melangkah ke hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.