ASLANI M
KOTA BHARU: Agenda rakyat dibincang pada pertemuan rombongan kerajan Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.
Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan yang menyertai sama pertemuan tersebut berkata, perbincangan menyentuh kerjasama untuk faedah rakyat di Kelantan.
Antaranya keperluan asas termasuk rumah, lebuh raya, bekalan air, lapangan terbang, ECER, permohonan menaik taraf KIAS kepada kolej universiti dan pelaksanaan perundangan Syariah di Kelantan.
“Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perjumpaan tersebut antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan antara Umno dan PAS.
“Sebagaimana Menteri Besar jelaskah ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat,” katanya dalam laman sosialnya.
Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.
Selain itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Difahamkan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan menghantar beberapa pucuk surat bagi mengunjungi hormat Perdana Menteri dan ia akhirnya menjadi kenyataan hari ini.
Dr Fadzli berkata, pertemuan bersejarah itu tidak dapat diadakan tanpa kedua-dua pihak mengambil tanggungjawab secara bersama dan ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.