MSTAR ONLINE
PETALING JAYA: Laporan mengenai tindakan Amerika
Syarikat (AS) mengintip aktiviti di beberapa buah negara di dunia
menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan hubungan diplomatik negara
berkenaan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan itu berkata operasi perisikan yang dilakukan oleh AS itu boleh menjejaskan kedaulatan negara yang menjadi sasaran.
Khairy berkata kenyataan Duta AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun bahawa kemudahan pengintipan AS yang diwujudkan di negara terlibat termasuk Malaysia dikatakan hanya untuk mengawasi sebarang aktviti pengganas dan senjata pemusnah yang digunakan secara meluas, memang tidak boleh diterima sama sekali.
"Jika AS benar-benar ikhlas mengenai hubungan kerjasama dengan negara kita, mereka sudah pasti boleh meminta bantuan, dan mengekalkan kerjasama rapat serta berkongsi maklumat mengenai ancaman yang berlaku dengan pihak berkuasa di Malaysia, seperti polis dan tentera untuk mengambil tindakan yang selanjutnya," kata Khairy.
Beliau menyifatkan tindakan pengintipan yang dilakukan itu sama seperti 'AS memandang rendah kemampuan perisikan dan keselamatan negara serta melemahkan kedaulatan serta keupayaan pihak berkuasa di Malaysia.
Justeru, sayap Pemuda Umno menggesa Kementerian Luar segera mengambil tindakan dengan mendesak Kedutaan AS menjelaskan mengenai kesahihan laporan yang mendakwa wujudnya aktiviti pengintipan dijalankan terhadap kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.