MSTAR ONLINE
Speaker DUN Perak Datuk Seri S. K. Devamany membuat keputusan itu selepas Adun DAP berkenaan enggan menarik balik kenyataannya bahawa Devamany sengaja mempercepat sesi perbahasan Bajet Perak 2014 kerana sibuk dengan pemilihan MIC.
Devamany menggunakan Perintah Tetap 44 (2) Peraturan DUN Perak selepas Nga berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan yang dianggap oleh Devamany sebagai menghina Speaker dan tidak menghormati Dewan.
"Saya memberi amaran dan saya terpaksa mengeluarkan Yang Berhormat Kepayang dari dewan ini kalau dia mengeluarkan kata-kata tohmahan, melawan Yang Dipertua di dalam dewan ini," kata Devamany.
Insiden berlaku selepas persidangan bersambung semula pada sebelah petang ketika Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Datuk Samsudin Abu Hassan menggulung perbahasan Bajet Perak 2014.
Nga dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) bangun meminta penjelasan berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas tidak berpuas hati isu itu hanya disentuh sedikit oleh Samsudin.
Samsudin dalam jawapannya berkata aspek GST dan perinciannya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
Kedua-dua wakil pembangkang itu tetap tidak berpuas hati dan berdiri mendesak Samsudin memberi penjelasan, menyebabkan Speaker mencelah meminta kedua-duanya duduk.
Tindakan Devamany itu menyebabkan Nga menuduh beliau sengaja mahu mempercepatkan sesi persidangan agar dapat ditangguh lebih awal kerana sibuk dengan pemilihan MIC. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.