Rabu, 27 November 2013

Muhyiddin enggan ulas pertukaran cuti Johor

 

 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen mengenai pertukaran cuti mingguan Johor daripada Ahad kepada Jumaat di negeri itu.

"Ini, saya tidak mahu komen, kata beliau apabila diajukan soalan ketika sidang media selepas merasmikan penutupan latihan amal krisis siber negara 2013 (X-Maya 5) di Damansara hari ini.

NONETerdapat pihak melihat pengumuman Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari keputeraannya Sabtu lalu sebagai tamparan kepada Muhyiddin (kiri) yang bertanggungjawab mengubah cuti kepada Ahad 19 tahun lalu.

Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994 sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad di masa pentadbiran Muhyiddin.

Muhyiddin mentadbir negeri di Selatan semenanjung itu selama sembilan tahun bermula 1986 hingga 1995.

Ketika mengisytiharkan pertukaran terkini itu, Sultan Ibrahim bertitah, cuti pada Jumaat dikembalikan memandangkan ia penghulu segala hari dan supaya orang Islam dapat mengambil peluang memperbanyakkan ibadat.

Bagi pembangkang, terutamanya PAS, mereka melihat pertukaran ketika era Muhyiddin itu sebagai sejarah hitam atas nama ekonomi dan pelaburan asing.

"Pertukaran cuti tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam Johor. Ia turut diulas melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor.

"Bukan itu sahaja, wujud bantahan dan protes yang agak lama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik," timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily sebelum ini.

Bagaimanapun, tambah Mazlan lagi, meskipun bantahan dan protes dilakukan rakyat, Muhyiddin dan kerajaan Johor ketika itu tetap berkeras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.