Roketkini.com
KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, satu mesej jelas
perlu disampaikan kepada rakyat Malaysia pada Konvensyen DAP negeri
beberapa minggu lagi bahawa pemimpin DAP negeri bersama pemimpin
peringkat kebangsaan dan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mencapai Impian
Malaysia.
Katanya, perhatian kini beralih semula kepada DAP selepas
Kongres Khas untuk memilih semula barisan kepimpinan DAP kebangsaan,
pada 29 September lalu, pemilihan UMNO pada Oktober dan Muktamar PAS
ke-59 minggu lalu yang memilih barisan kepimpinan PAS unrtuk tempoh dua
tahun.
Beliau berkata, mulai hujung minggu ini, Konvensyen DAP
Negeri akan memilih barisan pimpinan baru peringkat negeri dan selari
dengan itu pengatur konspirasi UMNO/BN mula bekerja keras untuk
memburuk-burukkan pemimpin DAP dan memecah-belahkan parti dan PR.
Pengatur konspirasi UMNO/BN menerusi media cetak dan
Internet gagal untuk menghancurkan PR dan parti komponennya iaitu DAP,
PAS dan PKR, sebelum, semasa, dan sepanjang enam bulan selepas PRU-13.
“Kesempatan yang baik ini perlu diambil perwakilan
Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang beberapa minggu akan
datang untuk bersatu padu di belakang barisan kepimpinan DAP kebangsaan
bagi menyampaikan satu mesej yang jelas kepada UMNO/BN dan semua rakyat
Malaysia.
“Mesej jelas perlu disampaikan bahawa DAP di semua
peringkat berdiri teguh di belakang pemimpin DAP kebangsaan dan dua
rakan kongsi dalam PR iaitu PAS dan PKR, untuk menawan Putrajaya pada
PRU-14 bagi mencapai Impian Malaysia –Malaysia untuk semua warga tanpa
mengira latar kaum, agama, kelas, atau negeri yang demokrasi, tadbir
urus, dan keadilan sosio-ekonomi berkembang dengan baik bagi membolehkan
setiap rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka demi kebaikan semua
dan demi kecemerlangan negara.
“Saya sudah sebutkan kelmarin bahawa ketiga-tiga parti
iaitu DAP, PAS dan PKR mendapat faedah daripada kerjasama dalam PR,”
katanya dalam kenyataan media.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata,
PAS, misalnya, sudah berkembang daripada sebuah parti yang berpengaruh
umumnya di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi
sebuah “parti nasional” pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan memenangi
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri di
Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Prestasi DAP (1999 hingga 2013)
Katanya, DAP juga mendapat manfaat apabila menjadi anggota
PR dan perlu terus bergerak dalam kerangka kerja PR yang berasaskan
kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.
Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999.
Daripada hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi
DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan
15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi
Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.
Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU
2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia. (Lihat
jadual di bawah)
Jadual 1: Bilangan Kerusi Parlimen dan Negeri yang
dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia (termasuk kawasan yang pengundi
Cina <60 strong="">60>
DAP (Semenanjung)
|
1999
|
2004
|
2008
|
2013
|
# Parlimen
|
10
|
11
|
26
|
31
|
# Parlimen < 60% Cina
|
1
|
0
|
11
|
16
|
% Parlimen <60 cina="" p="">
60>
|
10%
|
0%
|
42%
|
52%
|
# Negeri
|
11
|
15
|
72
|
91
|
# Negeri < 60% Cina
|
1
|
1
|
24
|
45
|
% State < 60% Cina
|
9%
|
7%
|
33%
|
48%
|
Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan
2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi DAP sebelum itu iaitu di
kawasan yang pengundi Cina kurang daripada 60%.
Contohnya, pada 1999 hanya satu daripada 10 kerusi Parlimen
yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Nibong
Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu daripada 11
kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada
60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).
Pada 2004, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang
dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% dan hanya satu
daripada 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina
kurang daripada 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).
Keadaan berubah pada 2008 apabila 11 daripada 26 kerusi
Parlimen (42%) yang dimenangi DAP mempunyai kurang daripada 60% pengundi
Cina. Tiga daripada 11 kerusi Parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri)
mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.
Daripada 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP pada 2008,
sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Dua
daripada 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih daripada 40%
(Sekinchan dan Bachang).
Walaupun PR belum dibentuk menjelang PRU 2008, DAP jelas
mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelak
pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan,
termasuk Bersih 1.0.
Kerjasama rasmi menerusi PR telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada 2013.
Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP itu, 16
(52%) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Malah, sembilan
daripada 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina
(lihat Jadual 2).
Banyak kerusi Parlimen yang gagal dimenangi DAP pada 2008
tetapi berjaya direbut pada 2013 merupakan “kerusi campuran”, termasuk
Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).
DAP juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Raub yang majmuk
(49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar DAP daripada
banyak segi.
Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh
daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang
daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada
50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).
Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi
negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56%
Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3%
Melayu).
DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang
dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama
dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak
besar.
Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14.
Jadual 2: 16 kerusi parlimen DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013
Negeri
|
Kod Parlimen
|
Kerusi Parlimen
|
% Melayu
|
% Cina
|
% India
|
% lain-lain
|
PULAU PINANG
|
P046
|
BATU KAWAN
|
20.5%
|
55.7%
|
23.2%
|
0.6%
|
PERAK
|
P060
|
TAIPING*
|
37.1%
|
47.9%
|
13.3%
|
1.7%
|
PERAK
|
P068
|
BERUAS
|
32.6%
|
52.3%
|
14.9%
|
0.2%
|
PERAK
|
P076
|
TELOK INTAN*
|
38.2%
|
41.9%
|
19.0%
|
0.9%
|
PAHANG
|
P080
|
RAUB*
|
49.7%
|
40.3%
|
6.4%
|
3.5%
|
SELANGOR
|
P102
|
SERDANG*
|
39.4%
|
48.6%
|
11.0%
|
1.0%
|
SELANGOR
|
P103
|
PUCHONG*
|
39.1%
|
43.5%
|
15.8%
|
1.6%
|
SELANGOR
|
P110
|
KLANG*
|
32.2%
|
45.8%
|
19.8%
|
2.2%
|
W.P. KUALA LUMPUR
|
P117
|
SEGAMBUT
|
33.1%
|
52.8%
|
12.0%
|
2.1%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P128
|
SEREMBAN*
|
43.6%
|
41.1%
|
13.5%
|
1.8%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P130
|
RASAH*
|
27.8%
|
48.3%
|
22.1%
|
1.8%
|
MELAKA
|
P138
|
KOTA MELAKA
|
35.7%
|
59.1%
|
3.6%
|
1.6%
|
JOHOR
|
P145
|
BAKRI
|
43.6%
|
53.2%
|
2.3%
|
0.9%
|
JOHOR
|
P152
|
KLUANG*
|
39.1%
|
49.3%
|
9.7%
|
1.8%
|
JOHOR
|
P162
|
GELANG PATAH
|
33.7%
|
52.4%
|
12.4%
|
1.5%
|
JOHOR
|
P163
|
KULAI
|
32.5%
|
56.1%
|
10.2%
|
1.2%
|
(*) Kerusi yang mempunyai < 50% pengundi Cina
Jadual 3: Kerusi negeri DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013
NEGERI
|
KOD PARLIMEN
|
NAMA PARLIMEN
|
KOD NEGERI
|
NAMA NEGERI
|
% MELAYU
|
% CINA
|
% INDIA
|
% LAIN-LAIN
|
KEDAH
|
P008
|
POKOK SENA
|
N11
|
DERGA*
|
55.9%
|
38.9%
|
4.4%
|
0.8%
|
PULAU PINANG
|
P043
|
BAGAN
|
N09
|
BAGAN DALAM
|
25.1%
|
50.6%
|
23.6%
|
0.7%
|
PULAU PINANG
|
P046
|
BATU KAWAN
|
N16
|
PERAI
|
11.2%
|
52.1%
|
35.7%
|
1.0%
|
PULAU PINANG
|
P047
|
NIBONG TEBAL
|
N19
|
JAWI
|
22.5%
|
53.5%
|
23.8%
|
0.2%
|
PULAU PINANG
|
P050
|
JELUTONG
|
N29
|
DATOK KERAMAT
|
28.9%
|
56.6%
|
13.8%
|
0.7%
|
PULAU PINANG
|
P050
|
JELUTONG
|
N30
|
SUNGAI PINANG
|
31.4%
|
54.1%
|
14.0%
|
0.5%
|
PERAK
|
P060
|
TAIPING
|
N18
|
AULONG
|
26.2%
|
56.8%
|
15.1%
|
1.9%
|
PERAK
|
P062
|
SUNGAI SIPUT
|
N22
|
JALONG
|
14.2%
|
56.1%
|
26.5%
|
3.2%
|
PERAK
|
P065
|
IPOH BARAT
|
N30
|
BUNTONG*
|
5.8%
|
44.0%
|
47.9%
|
2.3%
|
PERAK
|
P077
|
TANJONG MALIM
|
N57
|
SUNGKAI
|
23.3%
|
53.8%
|
18.6%
|
4.3%
|
PAHANG
|
P078
|
CAMERON HIGHLANDS
|
N01
|
TANAH RATA
|
12.7%
|
53.4%
|
20.2%
|
13.7%
|
PAHANG
|
P088
|
TEMERLOH
|
N30
|
MENTAKAB*
|
51.9%
|
40.1%
|
5.8%
|
2.2%
|
PAHANG
|
P089
|
BENTONG
|
N33
|
BILUT
|
32.5%
|
57.2%
|
9.3%
|
1.0%
|
PAHANG
|
P089
|
BENTONG
|
N34
|
KETARI*
|
44.7%
|
47.3%
|
4.7%
|
3.3%
|
PAHANG
|
P089
|
BENTONG
|
N35
|
SABAI*
|
36.4%
|
39.7%
|
19.9%
|
4.0%
|
SELANGOR
|
P093
|
SUNGAI BESAR
|
N04
|
SEKINCHAN
|
39.3%
|
57.3%
|
2.3%
|
1.1%
|
SELANGOR
|
P094
|
HULU SELANGOR
|
N06
|
KUALA KUBU BAHARU*
|
32.7%
|
42.7%
|
20.8%
|
3.8%
|
SELANGOR
|
P100
|
PANDAN
|
N22
|
TERATAI
|
34.7%
|
58.6%
|
5.8%
|
0.9%
|
SELANGOR
|
P102
|
SERDANG
|
N27
|
BALAKONG
|
33.4%
|
55.4%
|
10.3%
|
1.0%
|
SELANGOR
|
P103
|
PUCHONG
|
N30
|
KINRARA
|
24.9%
|
59.2%
|
14.6%
|
1.3%
|
SELANGOR
|
P104
|
KELANA JAYA
|
N31
|
SUBANG JAYA
|
29.1%
|
56.8%
|
11.8%
|
2.3%
|
SELANGOR
|
P110
|
KLANG
|
N47
|
PANDAMARAN
|
23.0%
|
59.0%
|
16.0%
|
2.0%
|
SELANGOR
|
P110
|
KLANG
|
N48
|
KOTA ALAM SHAH
|
15.4%
|
56.9%
|
25.4%
|
2.4%
|
SELANGOR
|
P112
|
KUALA LANGAT
|
N52
|
TELUK DATUK*
|
29.0%
|
44.8%
|
20.2%
|
6.0%
|
SELANGOR
|
P113
|
SEPANG
|
N56
|
SUNGAI PELEK*
|
45.4%
|
32.8%
|
20.6%
|
1.2%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P126
|
JELEBU
|
N01
|
CHENNAH
|
42.6%
|
50.8%
|
2.2%
|
4.4%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P128
|
SEREMBAN
|
N10
|
NILAI*
|
30.6%
|
45.5%
|
22.1%
|
1.9%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P128
|
SEREMBAN
|
N12
|
TEMIANG
|
30.9%
|
56.4%
|
11.2%
|
1.4%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P130
|
RASAH
|
N21
|
BUKIT KEPAYANG
|
17.0%
|
59.8%
|
21.6%
|
1.6%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P130
|
RASAH
|
N22
|
RAHANG*
|
30.7%
|
45.8%
|
21.0%
|
2.5%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P130
|
RASAH
|
N24
|
SENAWANG
|
22.4%
|
52.0%
|
24.7%
|
0.9%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P132
|
TELOK KEMANG
|
N30
|
LUKUT
|
18.3%
|
57.6%
|
23.7%
|
0.4%
|
NEGERI SEMBILAN
|
P133
|
TAMPIN
|
N36
|
REPAH
|
36.7%
|
43.0%
|
19.4%
|
0.9%
|
MELAKA
|
P137
|
BUKIT KATIL
|
N15
|
BACHANG
|
48.4%
|
46.3%
|
4.5%
|
0.8%
|
MELAKA
|
P137
|
BUKIT KATIL
|
N16
|
AYER KEROH
|
35.5%
|
55.5%
|
8.0%
|
1.0%
|
MELAKA
|
P138
|
KOTA MELAKA
|
N21
|
DUYONG
|
50.3%
|
44.3%
|
4.8%
|
0.6%
|
JOHOR
|
P140
|
SEGAMAT
|
N02
|
JEMENTAH
|
36.3%
|
54.5%
|
8.7%
|
0.6%
|
JOHOR
|
P142
|
LABIS
|
N06
|
BEKOK
|
25.6%
|
53.6%
|
18.0%
|
2.7%
|
JOHOR
|
P144
|
LEDANG
|
N10
|
TANGKAK
|
37.7%
|
51.2%
|
9.7%
|
1.5%
|
JOHOR
|
P152
|
KLUANG
|
N28
|
MENGKIBOL
|
27.3%
|
58.3%
|
13.8%
|
0.6%
|
JOHOR
|
P159
|
PASIR GUDANG
|
N42
|
JOHOR JAYA
|
42.8%
|
47.1%
|
7.5%
|
2.7%
|
JOHOR
|
P160
|
JOHOR BAHRU
|
N45
|
STULANG
|
38.7%
|
55.1%
|
4.5%
|
1.7%
|
JOHOR
|
P161
|
PULAI
|
N46
|
PENGKALAN RINTING
|
42.5%
|
44.7%
|
10.6%
|
2.1%
|
JOHOR
|
P165
|
TANJONG PIAI
|
N55
|
PEKAN NENAS
|
39.3%
|
57.8%
|
1.2%
|
1.7%
|
(*)Kerusi yang mempunyai < 50% pengundi Cina
Esok kami akan meneruskan perbincangan mengenai kepentingan
PR bagi DAP, PAS, dan PKR bukan saja di Semenanjung Malaysia, malah di
Sabah dan Sarawak.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.