MALAYSIA KINI
ADUN
Batu Caves Amiruddin Shari mempertahankan kenyataan Pengerusi Kelab
Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Azmin Ali berhubung isu kenaikan gaji
wakil rakyat di negeri itu sekaligus menempelak Exco Kerajaan Selangor
Datuk Teng Chang Kim yang mengkritiknya.Amiruddin (kiri) berkata beliau memandang serius kenyataan Teng yang membidas Azmin dan tidak wajar sebagai exco kerajaan negeri menyeluarkan kenyataan yang dianggapnya "hanya mengeruh lagi keadaan".
"Tidak ada amalan dalam negara-negara komanwel di mana Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berperanan untuk membantah usul yang dibawakan oleh kerajaan.
"Saya tegaskan bahawa peranan BBC dalam Dewan Persidangan adalah untuk mendukung usul yang dibawakan oleh kerajaan," kata Amiruddin.
Amiruddin membidas kritikan Teng terhadap tindakan Azmin yang berdiam diri ketika perbahasan usul kenaikan gaji walaupun timbalan presiden PKR itu berada dalam sidang DUN sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan.
Selain Azmin (kanan), kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu "agak tinggi" dan menggesa langkah itu dikaji semula.
Dalam kenyataan medianya, Amiruddin bagaimanapun berpendapat usul kenaikan gaji harus dibincang dan diperbahaskan dalam mesyuarat pra-majlis terlebih dahulu bagi mendapat persetujuan BBC seperti amalan negara komanwel.
"Pendirian kami, kita setuju dengan kenaikan gaji akan tetapi pada kadar yang munasabah dan mendahulukan usaha penambahbaikan kemudahan asas anggota dewan seperti kemudahan pejabat, pegawai penyelidik dan kemudahan perpustakaan dan sistem hansard secara online yang lebih baik," kata Amiruddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.