KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik mempertikaikan tindakan kerajaan menaikkan subsidi bahan api sebanyak RM2,326 bilion dalam Bajet 2014 mereka.
Beliau berkata, tindakan itu tidak masuk akal pada saat seluruh dunia sedang menurunkan harganya.
Menurutnya, pertambahan subsidi petrol dan gas (LPG) menjadikan perbelanjaan semakin meningkat kepada RM22.341 bilion berbanding RM20.015 bilion dalam peruntukan Bajet 2013 lalu.
“Pada September 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion dengan merasionalkan subsidi minyak.
“Jadi mengapa sekarang subsidi perlu dinaikkan? keperluan untuk menaikkan subsidi bahan api sebanyak 11.62 peratus melalui Bajet 2014 adalah dipertikaikan.
“Tidak ada keperluan mendesak untuk kerajaan meningkatkan lagi subsidi minyak kepada RM22,341 bilion. Apa yang diperlukan adalah dengan serta merta mengurangkan subsidi bahan api agar harganya dapat dikurangkan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Katanya, harga minyak di pasaran semasa juga menurun ke paras US$102 satu tong berikutan kerajaan Amerika Syarikat diarah untuk ‘Shut Down’ berikutan kebuntuan bajet di Washington serta krisis di Syria dan Iran.
Kebanyakkan negara seperti Taiwan, Ghana, Vietnam, Bermuda, Afrika Selatan, Georgia dan China juga sudah mengurangkan harga minyak.
“Saya tidak faham mengapa kerajaan mengambil langkah yang akan menyebabkan beban rakyat bertambah. Mengapa kita tidak turut sama mengikut contoh seperti dilakukan negara lain,” soalnya. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.