Dyana Sofya Mohd Daud
ULASAN Saya
ingin meminta penjelasan dari menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin berkenaan pembangunan pesat di pesisiran sungai pulai yang
mengakibatkan kesan buruk kepada salah satu kawasan perlindungan
konvensyen tanah paya (konvensyen RAMSAR).
Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup adalah tiga kawasan di negeri
Johor yang dilindungi Konvensyen RAMSAR sejak 31 Januari 2003.
Sungai Pulai juga merupakan sungai paya bakau terbesar di negeri Johor.
Dengan padang rumput laut, dataran lumpur zon pasang surut dan hutan sungai air tawar pedalaman, kawasan ini satu daripada contoh terbaik lembangan tropikal yang kaya dengan pelbagai hidupan paya bakau.

Sungai
Pulai mempunyai beberapa fungsi ekologikal yang amat penting termasuk
membendung mendapan dan nutrien dan membuang sisa toksik, melindungi
produk semula jadi yang mempunyai nilai ekonomi seperti kayu dan
perikanan.
Sungai Pulai juga menyumbang fungsi fizikal yang penting dengan melindungi pesisiran pantai dari angin yang kuat, ombak laut dan pengangkutan air.
Selain itu Sungai Pulai juga kaya dengan hidupan paya bakau dan merupakan habitat kritikal untuk pelbagai flora dan fauna.

Antara spesis haiwan yang jarang ditemui di tempat lain tetapi hidup di
Sungai Pulai, avicennia lanata, bruguiera sexangula dan podocarpus
polystachus.
Sungai Pulai kaya dengan pelbagai hidupan seperti burung (53 spesis), mamalia (26), reptilia (12), amfibia (7), ikan (111) dan organisma bentor (39).
Sungai Pulai kaya dengan pelbagai hidupan seperti burung (53 spesis), mamalia (26), reptilia (12), amfibia (7), ikan (111) dan organisma bentor (39).
Seperti yang
tertulis dalam laman web Iskandar Malaysia sendiri, pembinaan pelabuhan
baru di muara sungai ini boleh membawa kesan terus kepada ekosistem
kawasan paya bakau ini.
Rintihan orang Seletar
Ia juga boleh mengakibatkan hakisan pantai dan pencemaran air akibat daripada aktiviti pengorekan dan penebusgunaan tanah.
Rintihan orang Seletar
Ia juga boleh mengakibatkan hakisan pantai dan pencemaran air akibat daripada aktiviti pengorekan dan penebusgunaan tanah.
Kawasan paya bakau Sungai Pulai ini amat penting dan berperanan besar
dalam menstabilkan kawasan pinggir laut dan sebagai agen semula jadi
mengelakkan banjir di 38 kampung di sekitarnya.
Pejabat ahli Parlimen Gelang Patah ada menerima pelbagai aduan mengenai
penjelasan kawasan ini, antaranya daripada penduduk Kampung Simpang
Arang.
Mereka rata-ratanya Orang Asal Seletar yang tinggal di tanah paya di pesisiran Sungai Pulai ini sejak berkurun lamanya.
Punca pendapatan dan kehidupan mereka berkisar terus dengan Sungai Pulai.
Mereka rata-ratanya Orang Asal Seletar yang tinggal di tanah paya di pesisiran Sungai Pulai ini sejak berkurun lamanya.
Punca pendapatan dan kehidupan mereka berkisar terus dengan Sungai Pulai.
Mereka, yang boleh dikatakan pakar di kawasan sendiri, mendapati bahawa Sungai Pulai terjejas teruk sejak kebelakangan ini.
Antaranya termasuk penurunan tangkapan hidupan laut yang ketara di kawasan tersebut dan pengecutan kawasan hutan paya bakau yang drastik.
Antaranya termasuk penurunan tangkapan hidupan laut yang ketara di kawasan tersebut dan pengecutan kawasan hutan paya bakau yang drastik.
Saya bersama-sama Ketua Biro Teknologi Hijau dan Alam Sekitar DAPSY
Kebangsaan, Marcus Sew, ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Ketua
DAPSY P Gudang telah meninjau beberapa tapak pembinaan di pesisir Sungai
Pulai.
Ia semestinya membawa sedikit sebanyak kesan buruk kepada ekosistem Sungai Pulai.
Saya ingin bertanya, adakah kawasan perlindungan Konvensyen RAMSAR ini benar-benar dilindungi?
Lembangan tropikal terbaik di M'sia

Semakin banyak kawasan hutan paya bakau yang dimusnahkan dan pesisiran
sungai ditambak demi untuk memberi ruang kepada pembangunan komersial
dan kediaman yang sejajar dengan pembangunan Iskandar Malaysia.
Sekiranya
lebih banyak kerosakan dilakukan ke kawasan ini dengan tidak terancang,
kami bimbang kita tidak mungkin akan dapat lagi memulihara dan
mengekalkan ekosistem Sungai Pulai sebagai salah satu contoh terbaik
lembangan tropikal di Malaysia.
Di samping itu kepupusan pelbagai flora dan fauna, kehilangan fungsi fizikal kawasan paya bakau ini akan membawa kesan buruk kepada kawasan sekeliling secara menyeluruh.
Di samping itu kepupusan pelbagai flora dan fauna, kehilangan fungsi fizikal kawasan paya bakau ini akan membawa kesan buruk kepada kawasan sekeliling secara menyeluruh.
Jangan pula bila sudah terantuk baru terngadah. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya lagi.
Saya dengan ini ingin meminta penjelasan menteri besar Johor mengenai
situasi ini dan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku ianya
amat-amat membimbangkan.
Pada 6 Januari 2010, mantan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman (kanan) ada mengatakan:
"Bersama dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia, negeri Johor juga akan memelihara kecantikan alam semula jadi negeri tersebut dan memastikan pembangunan mampan".
"Bersama dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia, negeri Johor juga akan memelihara kecantikan alam semula jadi negeri tersebut dan memastikan pembangunan mampan".
Saya berharap Khaled sebagai menteri besar yang baru juga mengekalkan sentimen yang sama.
Kami menyeru menteri besar mengambil langkah tegas untuk mengelakkan pemusnahan kawasan ini secara berterusan.
Kami juga menyeru bersama-sama menghormati konvensyen yang menjadikan Sungai Pulai kawasan yang dilindungi dan tidak seharusnya terjejas dengan pembangunan yang tidak terancang.
Kami juga menyeru bersama-sama menghormati konvensyen yang menjadikan Sungai Pulai kawasan yang dilindungi dan tidak seharusnya terjejas dengan pembangunan yang tidak terancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.