Selasa, 1 Oktober 2013

Speaker DUN Terengganu ‘Bias’, Tidak Beri Ruang Kepada Usul ‘Masjid Runtuh’

BULETIN ONLINE


KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan sikap Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersifat berat sebelah (bias) dalam memberi ruang kepada Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) menyampaikan suara rakyat dalam sidang DUN yang berlangsung pada Isnin 30 September.

ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata beliau yang bangun terlebih dahulu daripada ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar pada permulaan sidang DU untuk membawa usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu.
Tetapi, katanya, speaker DUN, Mohd Zubir Embong buat-buat tak nampak dan terus memberikan ruang kepada Iskandar.

“saya bangun dulu…….tapi speaker buat-buat tak nampak dan bila ADUN Jabi bangun, dia (speaker) terus beri ruang kepadanya, saya terus baca usul mohon mencadangkan supaya persidangan ditangguh,
“bagi membolehkan dewan merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin, tetapi pembesar suara saya telah dimatikan,”ujarnya.

Kemudian, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin bangun dan bertaya kepada speaker, mengapa tidak memberikan ruang kepada kepada wakil PAS, sedagkan wakil BN (Jabi) bangun kemudian.

ADUN Pas

Tetapi, kata Ustaz Ridzuan, speaker tidak mejawab dan hanya mengarahkan supaya ADUN Tepoh duduk.

Menurutya, pada Persidangan DUN kali pertama bulan Jun lalu, saya juga bangun untuk membawa usul berhubung pembinaan jalan dan jambatan Jeram yang melibatkan perlanggaran hak penduduk Banggol Donas, bertembung dengan ADUN Jabi juga.

“sepatutnya, dulu dah beri ruang kepada ADU Jabi, pada kali ini berilah peluang kepada saya, tapi tindakan spekaer ‘bias’, walaupun itu adalah hak speaker untuk memberikan ruang kepada sesiapa, namun gunakanlah pertimbangan yang adil,”katanya.

sedangkan, katanya lagi, usul yang dibawa oleh ADUN Jabi adalah usul berkaitan dengan ‘Syiah’ bukanlah perkara yang perlu disegerakan.

Berabanding dengan usul masjid Kampug Tebauk yang runtuh, perkara semasa yang perlu disegerakan kerana membabitkan kepeningan awam dan boleh mengancam nyawa rakyat.

Berikut adalah usul yang cuba dikemukakan oleh ADU Teluk Pasu pada sidang DUN;
Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu.
__________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan Yang Di-Pertua,

Adalah saya Ridzuan Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu mohon mencadangkan,
“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin. Insiden yang amat memalukan ini dipercayai berlaku pukul 4 pagi dan melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas serta melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.

Tuan Yang Di-Pertua,

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku suatu tragedi yang amat memalukan kita semua Adun-Adun dan seluruh rakyat di negeri Terengganu. Apa yang berlaku ini adalah jelas ‘salah urus‘ (mis-management) yang melibatkan kontraktor kroni yang tidak bertanggung-jawab dan perkara ini adalah amat dikesali kerana ia mengkhianati amanah seluruh rakyat negeri Terengganu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Isunya kenapakah keruntuhan ini begitu mudah boleh berlaku di negeri Terengganu di bawah pentadbiran yang ada sedangkan kita berbelanja beratus-ratus juta ringgit wang rakyat? Apakah kerana ‘kontraktor kroni’ yang tidak berwibawa langsung telah dikurniakan kontrak secara mudah? Dan apakah ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran yang ada ini di negeri Darul Iman?

Menteri Besar serta pimpinan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi yang amat memalukan ini. Imej Terengganu kini amat tercemar akibat dari pelbagai kejadian keruntuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Tuan Yang Di-Pertua,

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana siri keruntuhan yang berlaku di negeri ini akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat Terengganu terhadap pentadbiran serta kredibiliti pemimpin negeri yang ada.

Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal masjid yang merupakan tempat ibadat yang suci bagi seluruh umat Islam dan menjadi milik rakyat dan negeri Terengganu yang wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Yang Mengusulkan,
YB Ridzuan Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu
Terengganu
30hb September, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.