CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) merancang untuk memasang tambak Sungai Bertam menggunakan dinding konkrit.
Pengarah JPS Pahang, Datuk Zulkefli Hassan berkata, pihaknya merancang untuk menggunakan peruntukan RM40 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membina dinding, dan juga boleh memastikan aliran air lebih baik.
"Kami akan menyediakan reka bentuk untuk pembinaan dinding itu. Diharapkan, kita boleh memulakan kerja menjelang pertengahan tahun depan," katanya kepada pemberita semasa lawatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke lokasi berkenaan pada Sabtu.
"Kami merancang untuk membina dinding di kedua-dua belah tambak sepanjang laluan sungai 3 kilometer," katanya.
Sementara itu, Liow mengkritik TNB kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada rakyat mengenai air empangan yang akan dilepaskan.
"Dikesali kerana ada yang terbunuh dan banyak harta benda rosak semasa kejadian itu.
"Mereka sepatutnya memaklumkan kepada rakyat lebih awal dan tidak notis pada masa singkat," kata beliau.
"Rakyat tidak bersedia untuk berkemas dan meninggalkan kawasan itu," katanya, dengan harapan bahawa sungai itu boleh dibersihkan dan dibaik pulih dalam tempoh sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.