Kurang 3 hari menjelang Pembentangan Bajet 2014
Malaysia, Pakatan Rakyat seperti biasa tampil dengan beberapa syor yang
sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
Melihatkan….
Melihatkan Laporan Audit Negara 2012,
Pakatan Rakyat merasakan banyak program pembangunan dapat dijalankan
jika RM20 bilion hingga RM30 bilion yang “hilang” dan “bocor” akibat
pengurusan dana yang lemah & kurang amanah selama ini.
Intipati Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat
Apa pandangan anda dengan syor pada Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat kali ini?
- Dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak secepat yang mungkin iaitu seawal tahun 2014
- Polis kabotaj yang melibatkan negeri Sabah & Sarawak perlu disemak semula bagi membolehkan harga kargo dan barang-barang yang dibawa masuk dan keluar boleh diturunkan
- Kemudahan air & elektrik di Sabah & Sarawak perlu diberikan perhatian yang lebih
- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan
- Mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan
- Bagi mengekang lonjakan harga rumah, sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007 akan digunapakai , iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.
- Peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.