MALAYSIA KINI
Ketua
Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa PAS sengaja
menimbulkan isu pemberian susu tamat tempoh oleh jentera BN untuk meraih
sokongan dan simpati pengundi di Sungai Limau.MP Baling itu dalam laporan Utusan Malaysia mendakwa, tindakan PAS yang menggunakan isu susu tamat tempoh itu juga perbuatan memalukan.
“”Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang tamat tempoh.
“Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.
“Adalah amat memalukan apabila (Datuk) Mahfuz (Omar) selaku naib presiden PAS hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh PAS di Sungai Limau,” katanya.
Dalam laporan akhbar milik Umno itu, Abdul Azeez tidak menyebut sama ada beliau akan menyiasat dakwaan bahawa bahan yang dibekalkan tersebut benar-benar tamat tempoh.
Mahfuz dalam kenyataannya yang disiarkan Harakahdaily semalam berkata, tindakan menghadiahak susu tamat tempoh kepada pengundi itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna.
"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz seperti dipetik lidah parti PAS itu.
Menurut laporan tersebut, seorang pengundi menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang hadir berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap, pada hari Isnin.
Tarikh luput di tin susu tersebut tertera 26 Oktober 2013, menurut Harakahdaily.
Ia turut menyatakan bahawa beg plastik bersama tin susu tersebut tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.