MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata, tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu kerana mendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.
"Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besaritu.
Abdul Khalid turut dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.
Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: "Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)".
Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.
"Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarnya berlopak-lopak." - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.