MALAYSIA KINI
Pengarah filem Tanda Putera Datuk
Shuhaimi Baba membidas usaha sabotaj oleh pihak yang tidak menonton
filem itu yang dibangkitkan oleh media, berhubung gambar kononnya
menunjukkan "kesilapan teknikal" dalam filemnya itu.
Katanya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook filem itu dilakukan beberapa bulan lalu, menunjukkan adegan filem yang memasuki 60 peratus siap dan sebelum proses imej janaan komputer (CGI) dilakukan.
"Setelah menjalani proses CGI untuk membuang semua kesan masa, 'kesilapan' tersebut tidak ada dalam filem. Mereka yang menonton filem tidak akan melihatnya.
"Sudahlah gambar-gambar still adegan tersebut yang digunakan oleh pembenci filem ini dicuri daripada Facebook Tanda Putera tanpa kebenaran, gambar itu digunakan pula untuk menghancurkan pemiliknya," katanya.
Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam laman itu, Shuhaimi berkata pihaknya menerima SMS yang mendakwa usaha "pembohongan" itu sengaja dirancang kerana tidak puas hati filem itu ditayangkan, malah membuat penonton gelisah dengan tuduhan itu.
"Pilihan raya sudah selesai, jadi tidak perlulah mempolitikkan segala benda. Kami hanya karyawan filem bukan bertanding dalam pilihan raya. Kami juga cari makan. Jika tidak mahu tengok filem kami, tidak apa.
"Tapi hentilah sabotaj filem kami. Apa dah jadi dengan sesetengah orang Malaysia di alam maya seperti sudah hilang nilai kemanusiaan dengan sumpah seranah yang membimbangkan.
"Kenapa dah jadi kering hati dan kejam tak bersebab? Jika hendak kritik dan beri pandangan, itu kami terima dengan hati terbuka. Tapi mengeji dan menghina itu bukan mengkritik," katanya.
Akui 2 prop silap
Sehubungan itu, Shuhaimi berharap semua pihak memahami jerih perih pembikin filem khususnya berlatarkan sejarah yang dianggapnya satu cabaran besar untuk menarik minat penonton muda.
"Tindakan menghasut dan memfitnah bukan saja merosakkan periuk nasi kami tapi juga merosakkan industri filem tempatan.
"Mujurlah kami menerima banyak sokongan yang cukup mengharukan daripada mereka yang telah menonton dan juga yang belum menonton filem ini. Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami," katanya.
Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui terdapat "dua prop yang silap tapi tak berapa jelas" dalam filemnya itu dan mungkin memerlukan dua hingga tiga kali menonton filem sebelum dapat mengesannya.
"Tapi yang ini tidak ada siapa pula yang dapat tangkap. Ada juga filem epik Barat yang jelas nampak prop seperti mikrofon , tapi tak ada pula yang mengadu," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.