KUALA LUMPUR - Polis menahan 11,873 individu dalam Ops Cantas Khas yang
dijalankan sejak 17 Ogos lalu di seluruh negara dan merampas sebanyak
401 senjata termasuk senjata api.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sehingga hari ini, polis telah memeriksa sebanyak 299,346 orang di seluruh negara.
"Kita bukan sahaja melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, malah melakukan pemeriksaan di pelbagai lokasi termasuk pusat hiburan, kawasan panas, premis persendirian dan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
"Kita juga tahan beberapa individu di bawah Akta Pertubuhan 1966 membabitkan anggota kongsi gelap dan ada yang ditahan atas kesalahan pelbagai jenayah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Jalil berkata polis turut merampas pelbagai senjata seperti parang, pistol, pedang, kapak, pistol tiruan, senapang angin buatan sendiri, 'stun gun', tukul besi, kuku kambing, pisau dan juga peluru.
Katanya polis turut memeriksa sebanyak 175,415 kenderaan sepanjang operasi itu dan merampas 502 kenderaan yang dipercayai dicuri, termasuk 236 motosikal dan 233 kereta. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.