KOTA BHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan
Khamis ini untuk membuat keputusan terhadap petisyen difailkan Barisan
Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu bagi mendengar hujahan bertulis terhadap bantahan awal kedua yang difailkan PAS terhadap petisyen itu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu bagi mendengar hujahan bertulis terhadap bantahan awal kedua yang difailkan PAS terhadap petisyen itu.
Esok, pempetisyen iaitu calon BN, Redzuan Stapha, responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gaal dan responden ketiga iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu membalas hujahan bertulis itu.
Peguam mewakili PAS, Hisham Fauzi berkata mereka memfailkan bantahan awal kedua itu kerana timbul beberapa isu baru.
Beliau berkata antara isu baharu itu adalah kecacatan berkaitan pelantikan peguam dan penyerahan petisyen yang tidak mengikut prosedur.
BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor manakala responden kedua dan ketiga oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Tuan Mazlan menewaskan Redzuan dengan majoriti 302 undi. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.