Sabtu, 28 September 2013

Ahli keluar parti, DAP berdepan tamparan hebat

Oleh Shawaliah Hadir
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP bakal menerima tamparan hebat jika lebih ramai ahlinya akan bertindak keluar parti, tegas Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak.
 
Katanya, ura-ura yang mengatakan ahli DAP di Sabah akan mengikuti jejak Adun Luyang Hiew King Cheu akan menyukarkan lagi kedudukan parti yang seringkali dilanda kontroversi itu. 
 
"Itu tamparan yang hebat sebenarnya pada DAP Sabah dan juga di saat-saat yang terakhir pemilihan inikan," katanya ringkas kepada Antarapos
 
Hiew sebelum ini pada 12 Ogos telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah justeru tindakannya kali ini membuktikan parti itu berhadapan dengan pergolakan dalaman yang kritikal. 
 
Hiew turut memaklumkan akan menjadi ahli Bebas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. 
 
Dalam pada itu, maklumat terbaru yang diterima Antarapos, Rahmad mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi. 
 
Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.' 
 
Sementara itu seorang lagi ahli DAP, Amran Ahmad mendakwa jika benar jangkaan ramai lagi ahli di Sabah akan keluar parti dalam masa terdekat ini tidak akan menjejaskan pemilihan CEC esok. 
 
Jelasnya, ahli-ahli yang bakal keluar parti nanti masih berhak mengundi pada pemilihan kerana mereka semua masih lagi menjadi ahli pada pemilihan sebelum ini.
 
"Pengeluaran beramai-ramai ahli DAP Sabah dan Pulau Pinang yang dijangkakan, jika benar tidak menjejaskan pemilihan CEC esok.
 
"Walaupun akan ada yang keluar tetap berhak mengundi sebab masih jadi ahli semasa pemilihan pada 2008," katanya.
 
Walaubagaimanapun beliau mengakui bahawa ini akan menampakkan lagi keretakan yang sekian lama dinafikan pemimpin tertinggi DAP. 
 
"Tapi perkara macam ini menampakkan kepincangan dan kegoyahan dalam DAP," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.