Exco Kerjaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab
terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.
"Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan filem itu, (yang merupakan prerogatif) Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).
"Bagaimanapun, memandangkan sifat sensitif filem itu, kita mengarahkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (di Pulau Pinang dan Seberang Perai) untuk menulis meminta kerjasama pawagam tidak menayangkan filem itu," katanya dalam satu sidang akhbar.
Ditanya apakah yang akan kerajaan negeri lakukan sekiranya pihak
pawagam enggan mematuhinya, Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri), yang turut hadir, tidak memberi jawapan secara langsung.
Lim mendakwa, filem tersebut mempunyai adegan yang berunsur fitnah, berdasarkan pembohongan, dan ia adalah satu ancaman kepada keharmonian antara kaum di negara ini.
Katanya, adegan pemuda Cina kencing dalam kedimanan menteri besar Selangor menteri besar (Datuk Idris Harun) dan bendera Malaysia boleh menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.
Lim berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku kerana kediaman itu dikawal ketat, seperti yang didakwa oleh seorang saksi yang berada di rumah Harun pada masa tersebut.
Lesen untuk berbohong?
Lim juga membidas media arus perdana yang didakwanya gagal untuk menunjukkan bahawa adegan tersebut adalah satu karya fiksyen.
Mengenai penjelasan pengarah filem tersebut, Datuk Shuhaimi Baba berhubung "lesen kreatif" untuk menyesuaikan peristiwa-peristiwa sejarah dalam filem itu, Lim berkata, ia bukanlah satu "lesen untuk berbohong".
"Jika trend ini berterusan, bagaimana jika satu hari mereka membuat filem yang menunjukkan bahawa Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang?" soalnya.
Lim berkata, pihaknya tidak faham bagaimana kerajaan boleh membelanjakan wang untuk menaja filem yang didakwanya berniat jahat dan berbahaya seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.