Seorang
pegawai polis didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas
didapati bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah agar
tidak mendekati saksi pembelaan dalam kes dadah melibatkan seorang warga
Australia.
Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan Insp Luther Nurjib @ Andrew dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.
Kamardin dalam keputusannya berkata pemohon Dominic Jude Bird, 34,mendedahkan Luther melakukan kesalahan menghina mahkamah apabila dia mendekati saksi pembelaan, Mohd Fahrizal Rosli di lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2012, tiga hari selepas mahkamah mengeluarkan perintah sekatan.
Hakim berkata mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan peguam Luther, C.B. Liang, tanpa membelakangkan sistem keadilan jenayah.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamardin menegur Luther kerana gagal mengemukakan permohonan maaf kepada mahkamah.
"Tiada usaha di pihak anda untuk membersihkan prosiding menghina mahkamah. Anda sepatutnya berusaha untuk memaklumkan kepada mahkamah dan menawarkan permohonan maaf," kata Kamardin.
Luther yang sebelum ini bertugas dengan Jabatan Narkotik di Balai Polis Dang Wangi bertindak selaku 'ejen provokasi' ketika menahan Bird semasa serbuan itu.
Luther membayar denda itu.
Pada 25 Mac lepas, Kamardin memerintahkan Bird membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada jam 4.15 petang pada 1 Mac tahun lepas.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bird, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita penghujahan di akhir kes pembelaan perbicaraan itu ditetapkan esok di hadapan Kamardin.
Perbicaraan kes Bird juga mendapat liputan media Australia.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.